salam sayyidul ayyam :) org banda kate samat ari jumaat.ngehe.de ke org ucap?aha..spatutnye kte kne ucap laah. PENGHULU HARI kot =,=..mesti la excited itu datang kankan?
aha,,mcm bese,bile jumaat je mari,sume kaetkan dengan masjid,sejid,semejid la ape apelaa yg korg pggil.ngehe. so, smntara aku rajin n free aku nk up gmba laaa. ape lg. da aku buat belog ni mainly utk gmba aku kann ^^..
aha, mmbe uii ni de sdikit pkongsian yg ta sbrape.amek laa., pree
bismillah ~
1. Berlakunya hari kiamat.
Haah, Jumaat merupakan hari yang selalu
dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat
Muslim, Rasulullah SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan
berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu
daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.
Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah
Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga
dia dikeluarkan dari syurga.”
3. Penghulu segala hari.
aku suka sebut Jumaat ni special.
Kenapa eh? Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana
agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit
ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang
diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai
‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik baik baik baik baik hari).” XP
4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.
Menurut Sayyiduna Baginda s.a.w, “Tidak seorang muslim
yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan
Allah daripada fitnah kubur.”
Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.
5. Kebaikan dengan memotong kuku.
Peliharalah kebersihan korg. Kalau
boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong
rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak
panjang, hah potonglah.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang
memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada
penyakit dan memberikannya keselamatan.”
6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.
Yang ini pun kita dah selalu dengar.
Daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan
perkara ini. Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah
selalunya makbul doanya tu. Ya, kan?
Banyak ulamak yang berpendapat bahawa
makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam
sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
Ini berdasarkan hadis daripada Abu
Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan
dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia
berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan Rasulullah s..a.w menunjukkan
isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari
r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a
pernah mendengar bahawa Rasulullah s.a.w pernah menjelaskan bahawa waktu yang
paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar
sehingga solat selesai didirikan.
ahaa. pnat bace en.. layan gmba pulak
bismillah~
Masjid Putra Putrajaya :) tyme aku amek gmba ni letak hp kat tepi pastu tapasan plak ta amek...tetinggal..hoho. naseb baek spupu aku tlg amek XD.. tengs akim!
panaurama vieww.. hoho.. de org tasuke.. de yg minat,, layan sudah :)
ni plak Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju KL gak. masjid ni cantik., jemaah pun ramai datang.. Amsjid ni mmpunyai jemaah yg bertangguung jwab.. hoho XD
ini ape? kubah.. ini ape? kubah.. ini ape? kubah la kuba*kerbau* hoho..
aku rse smpai cni je lahh dah 11.35 dah.. ngehe
Salam Sayyidul Ayyam!
Selawat untuk Sayyiduna Baginda Rasulullah satu kali :)
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete